
ACARA setahun sekali 'A-Day', atau lebih dikenali sebagai AEON Members Day sudah tiba!
Pasti ahli setia AEON tengah tersenyum lebarkan tu. Pelbagai ganjaran dan tawaran hebat dan paling WOW menanti anda tahun ini. Bukan itu sahaja, macam-macam aktiviti menarik ada di 'A-Day' untuk anda sertai - dari acara jatuhan belon, buka kotak misteri, Pembelian Dengan Pembelian (PWP), Hadiah Dengan Pembelian (GWP) dan banyak lagi.
Jangan lepaskan peluang untuk nikmati segala tawaran hebat ini di 'A-Day' yang berlangsung dari Oktober hingga November 2023 di pusat beli-belah terpilih AEON di seluruh negara.
Namun, semua tawaran gila-gila ini terhidang khas untuk ahli AEON sahaja tau! Jadi, bagi sesiapa yang belum menjadi ahli AEON tu, anda boleh mendaftar di sini dan ikuti cara tertera untuk mendaftar sebagai ahli. Atau, anda boleh mendaftar di Customer Service AEON di mana-mana pusat beli-belah AEON terdekat anda.
Dah siap sedia nak shopping? Pastikan shopping kaw-kaw tahun ini di 'A-Day'.
Jangan terlepas untuk dapatkan e-Baucer RM10 untuk setiap pembelian bernilai RM100.
Lagi best, diskaun tambahan sebanyak RM10 bagi pembelian bernilai RM100 jika anda bayar menggunakan AEON Member Plus Visa (AMP) atau AEON Wallet.
Diskaun tambahan ini hanya boleh ditebus sekali sahaja untuk ahli AEON.
Haaa, apa tunggu lagi!
Untuk menaikkan mood shopping anda, lihatlah sendiri antara produk dengan diskaun meletup yang akan ditawarkan sepanjang 'A-Day' AEON nanti.
KHIND Stick Vacuum Cleaner VC8630 (600W)
Penat guna penyapu dan masih tercari-cari vakum harga bawah RM100? Jangan risau, anda boleh dapatkan KHIND Stick Vacuum yang memiliki kuasa berkelajuan 600 watt dengan hanya RM95 saja! Murah dan berbaloi kan?
TEFAL Fuzzy Logic Spherical Rice Cooker RK7321 (1.8L)
Tefal Fuzzy Logic Spherical Rice Cooker adalah jawapan bagi sesiapa yang mencari periuk nasi yang mudah digunakan dan lengkap dengan reka bentuk pintar untuk sebuah perkakas dapur. Harga asalnya RM259 tetapi demi pelanggan setia, harganya kini hanya RM169 sahaja.
70MAI Dashcam A500S Set
Dashcam atau kamera papan pemuka sudah menjadi seperti satu benda yang wajib dipasang dalam kereta kan. Bagi yang masih tercari-cari dashcam berkualiti dengan spesifikasi menarik, 70MAI Dashcam A500S Set adalah jawapannya. Harganya kini hanya RM379 sahaja.
SHARP Washer ESX8521 (8.5KG)
Bila cakap mengenai perkakas elektrik, jenama Sharp memang sentiasa melekat di hati rakyat Malaysia. Pelanggan setia AEON yang ingin membeli mesin basuh jenama Sharp boleh dapatkannya dengan harga murah. Potongan sehingga RM280 sempena 'A-Day'. Anda hanya perlu bayar RM899!
SHARP Microwave R219ES/K (20L)
Tak sah kalau di rumah tanpa ketuhar atau microwave. Mudah kan nak panaskan lauk-pauk? Bagi sesiapa yang belum berkesempatan membeli microwave, boleh dapatkan Sharp Microwave R219ES/K (20L) dengan harga semurah RM199 saja.
ANNA SUI Fantasia Mermaid EDT (30ML)
Mencari wangian yang mempunyai aroma manis, menyegarkan serta menciptakan kesan hangat? Anna Sui Fantasia Mermaid Eau de Toilette merupakan wewangian dengan perpaduan citrus, madu, dan juga bunga peony serta melati. AEON memberi anda harga semurah RM99 saja berbanding harga asal RM159.
SALVATORE FERRAGAMO Acqua Essenziale EDT (50ML)
Bukan sekadar untuk kaum wanita saja, AEON juga memberi harga promosi untuk minyak wangi Acqua Essenziale Blu oleh Salvatore Ferragamo khusus untuk lelaki. Anda hanya perlu membawa RM99 untuk dapatkan wangian ini. Harga sebenar RM169 tau.
FAIRWORLD Magic Stroller BC 5iV-RD
Penat dukung anak setiap kali berjalan-jalan? Nak beli stroller berkualiti dengan harga murah? FAIRWORLD Magic Stroller BC 5iV-RD adalah jawapan terbaik untuk ibu bapa yang mahu anak berasa selesa setiap kali bersiar-siar selain menjimatkan ruang dalam kereta. Berbanding harga asal RM399, kini anda boleh berjimat dengan harga diskaun RM200 saja!
SHARP 55” 4K Android TV 4TC55EK2X
Mencari televisyen pintar berkualiti bersaiz 55 inci dengan harga bawah RM2,000? Mustahil bukan? Tapi sempena 'A-Day' tiada yang mustahil kerana anda boleh memiliki televisyen SHARP 55” 4K Android TV 4TC55EK2X dengan harga RM1,699 saja! Bukan itu saja, anda juga akan mendapat vakum percuma berjenama SHARP selagi stok masih ada! Jangan lambat nanti terlepas!
PHILIPS Hair Dryer Essential BHC010/13 (Black) (200W)
Hanya dengan RM49 anda kini boleh memiliki pengering rambut berkualiti keluaran PHILIPS. Jika dibandingkan dengan harga asal RM79, kini anda boleh berjimat lebih banyak demi menjaga penampilan dan rambut anda.
PEDIASURE Peptigro 2 x 1.8kg (Plain/Vanilla)
Ibu bapa mana tak sayang anak dan mahu melihat zuriat mereka membesar dengan jayanya. Bagi mereka yang menggunakan susu PEDIASURE, kini ada tawaran istimewa sempena 'A-Day' kerana harga bagi dua kotak PEDIASURE Peptigro berperisa Biasa dan Vanila untuk 1.8 kg hanya RM359.39 berbanding harga biasa RM416.23. Yang bestnya, anda akan mendapat beg sukan percuma bagi setiap pembelian. Tapi kena cepat sebab stok terhad!
AKEMI Cotton Select Adore Quilt Cover Set (Queen/King)
Tidur anda akan lebih lena jika pantas mendapatkan AKEMI Cotton Select Adore Quilt Cover Set (Queen/King). Mana tidaknya, dengan harga hanya RM99 berbanding RM929-RM999, tawaran ini pastinya sukar untuk dilepaskan bagi memastikan katil anda sentisa kelihatan cantik dan kemas. Malah mood tidur anda akan lebih baik dan dapat menikmati mimpi indah kerana dapat berjimat banyak!
Jika anda nak tahu barang-barang apa lagi yang ada, layari aeonretail.com.my/a-day/.
Apa lagi ditunggukan? Jom berbelanja sambil berjimat serta nikmati pelbagai tawaran hebat sempena ulang tahun AEON ke-39 tahun ini. Pastinya semuanya Awesome, Amazing, Attractive dan Apa-je-tak-menarik dengan 'A-Day'!
Ikuti AEON di Facebook, Instagram dan TikTok untuk ketahui promosi-promosi dengan lebih lanjut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram