[VIDEO] Pencuri lari tak cukup tanah, sanggup lompat dari tingkat 2 lepas rembat gajet mewah


  • Benua
  • Khamis, 08 Jun 2023

Tangkap layar seorang lelaki mengalami kecederaan selepas terjun dari tingkat dua sebuah pusat beli-belah di Willow Grove, Pennsylvania.

SEORANG lelaki bertindak di luar kawalan apabila sanggup terjun dari tingkat dua selepas mencuri gajet dari gedung 'Apple Store' di Willow Grove, Pennsylvania, Amerika Syarikat pada Selasa.

Difahamkan, insiden itu berlaku susulan perbuatan mencuri lelaki tersebut disedari orang ramai yang sekali gus memaksanya untuk terjun demi meloloskan diri daripada ditangkap.

Meskipun mengalami kecederaan, pencuri itu dilihat masih bergelut dan merangkak meninggalkan tempat kejadian sambil membawa bungkusan gajet yang dicuri dari premis tersebut.

Mengundang kecaman di laman media, rata-rata warganet menganggap perbuatan itu sebagai satu tindakan kurang bijak dan hanya merugikan diri.

"Karma itu benar, anda berbuat buruk anda akan menerima nasib yang teruk, kalau berbuat baik akan menerima kebaikan," kata KristineParkerH.

"Hukuman terbaik untuk lelaki itu, biarkan sahaja pencuri itu di situ sehingga pusat beli-belah ditutup dan bawa dia ke penjara," ujar DameianSto32547.

"Inilah padahnya kalau mencuri, terlampau fanatik dengan gajet berjenama sampai sanggup cederakan diri sendiri," jelas JamesStolkin.

Polis Abington berkata, suspek yang dikenali sebagai Abdi Wasuge itu difahamkan terlebih dahulu berlakon seperti pelanggan di premis Apple tersebut sebelum memesan barangan gajet berupa dua komputer riba MacBook Pro, iPhone 14 dan beberapa lagi aksesori lain.

Satu pergelutan berlaku dan polis berkata, "berundur atau saya akan tembak kamu," katanya.

Pencuri terbabit kemudiannya menjatuhkan barang yang dicuri dan melarikan diri sehingga sanggup terjun ke lantai jubin yang keras.

Suspek berhadapan dengan tuduhan serangan, ancaman pengganas dan gangguan di tempat awam. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram