MEXICO pernah melalui detik-detik hitam selepas berlakunya tragedi melibatkan seorang remaja berusia 16 tahun yang mempunyai bakat besar dalam liga bola sepak tempatan.
Lebih memilukan, tragedi yang berlaku pada 2020 itu berpunca akibat kecuaian pihak polis.
Pada tahun itu, remaja Amerika bernama Alexander Martinez maut akibat ditembak seorang anggota polis yang menyangka mangsa adalah penjenayah.
BACA LAGI : Legenda bola sepak dunia, Pele meninggal dunia
Alexander yang mempunyai bakat besar dalam bola sepak. — Agensi
Ketika kejadian, Alexander dikatakan sedang menunggu makanan yang dipesannya untuk dibawa ke majlis ulang tahun rakannya.
Pada waktu itu, mangsa berada bersama sekumpulan rakan-rakan lain menunggang motosikal untuk membeli air soda di stesen minyak berdekatan sebelum secara tiba-tiba dipintas oleh kenderaan polis peronda tanpa lampu mahupun bunyi siren.
BACA LAGI : Pemain bola terkenal maut dibaham buaya selepas bersenam
Pada masa sama, seorang anggota polis dilaporkan terus mengacukan pistol dan menembak tepat di kepala Alexander ketika itu.
Anggota yang dikenali sebagai Sergio itu kemudiannya ditahan serta didakwa di mahkamah kerana kesalahan membunuh.
Susulan daripada kejadian itu, sebuah video memaparkan sesi penghormatan jenazah mangsa pula tular di media sosial sejak Selasa.
Rakan-rakan mangsa yang dilihat sedih ketika sesi penghormatan terakhir sebelum disemadikan. — Agensi
Dalam video itu, kelihatan beberapa rakan seperjuangannya melakukan tendangan bola dan jaringan gol terakhir buat Alexander sebelum dia disemadikan.
Menurut ahli keluarga mangsa, keputusan untuk mereka sekeluarga berpindah di Mexico pada 2019 adalah untuk menyokong impian Alexander menjadi bintang bola sepak.
Bakatnya di atas padang dikatakan menarik perhatian pihak universiti di Mexico yang menawarkannya biasiswa.
Namun, bakat tersebut sudah terlebur selepas tragedi itu menimpanya, malah kehilangan bakal bintang itu juga memberi kesan kepada orang sekelilingnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram