[VIDEO] Misteri wanita tua temui ajal dalam kereta lampu menyala, polis Sabah tak jumpa unsur jenayah


  • 112
  • Sabtu, 22 Jul 2023

Polis menemui mayat dalam sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan di Jalan Signal Hill, berhampiran Dewan Hakka, Kota Kinabalu, Sabah pada Jumaat malam.

ORANG awam yang berjogging pada Jumaat malam di Jalan Signal Hill, berhampiran Dewan Hakka, Kota Kinabalu, Sabah terkejut apabila menemui mayat dalam sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan di tempat letak kereta kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 8.25 malam memaklumkan terlihat sebuah kereta jenis Proton Saga warna maroon dalam keadaan mencurigakan di kawasan terbabit.

Menurutnya, orang awam mendapati mangsa kelihatan tidak sedarkan diri dalam dipercayai meninggal dunia yang enjin keretanya masih hidup dan lampu menyala.

"Polis dari Unit Ronda FRM Balai Polis Kota Kinabalu yang tiba di lokasi kejadian pada pukul 8.31 malam dan pihak ambulans dari Hospital Queen Elizabeth (HQE) telah berada di kawasan. Pihak doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia.

"Hasil siasatan di tempat kejadian tidak menunjukkan berlakunya tanda-tanda unsur perbuatan jenayah yang boleh dikaitkan sebagai punca kematian mangsa,” katanya pada Sabtu.

Dalam pada itu, Mohd Zaidi berkata, mayat mangsa dirujuk ke Forensik HQE I, Kota Kinabalu untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, setakat ini kes diklasifikasi sebagai laporan mati mengejut (SDR). Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram