Misteri Honda tak bergerak 3 hari terungkai, pemandu ditemukan tak bernyawa


  • Tular
  • Ahad, 10 Dis 2023

Kereta mangsa yang terletak di parkir sebuah stesen minyak di Batu Melintang, Kelantan pada Sabtu. — Facebook

PIHAK polis menemukan sekujur badan tidak bernyawa di dalam sebuah kereta di sebuah stesen minyak yang terletak di Batu Melintang, Kelantan pada Sabtu.

Menerusi perkongsian oleh pengguna Facebook Amy Zain, mayat ditemui dalam kereta jenis Honda putih pada pukul 3 pagi.

409061840_375927931661511_5512261334931834464_n

Pihak polis yang ketika menemui mangsa. — Facebook

"Katanya kereta sudah tiga hari parkir di lokasi itu," tulisnya.

Namun, identiti sebenar mangsa dan punca kematian masih tidak dapat dipastikan lagi.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram