WARGANET digemparkan video tular sejak Selasa mengenai kejadian seorang gadis yang terjatuh ke dalam sebuah perigi yang dipercayai berlaku di Hungary.
Menerusi rakaman video berdurasi 45 saat yang tular di media sosial, anggota bomba dan kakitangan pusat kesihatan di negara itu cuba menyelamatkan mangsa.
Dalam usaha itu, seorang anggota bomba masuk ke dalam perigi yang terletak di halaman rumah gadis malang terbabit bagi membantu operasi mengeluarkan mangsa.
Pihak bomba meneruskan operasi dengan menggunakan sistem takal tali bagi mengeluarkan mangsa yang berada di dalam perigi.
Portal Skynews melaporkan, perigi itu memiliki kedalaman 7 meter sekali gus menyukarkan remaja itu untuk bergerak keluar dari perigi itu tanpa bantuan pihak berkuasa.
Portal berita itu turut memaklumkan bahawa tiada kecederaan serius yang berlaku kepada mangsa berhubung insiden ini.
Walaubagaimanapun, belum ada laporan yang diterima mengenai masa dan punca sebenar kejadian berlaku. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram