[VIDEO] Leka rakam kereta api lalu demi konten, pelajar sekolah maut dirempuh tren dari arah kontra


  • Benua
  • Ahad, 04 Feb 2024

Tangkap layar detik-detik akhir yang merakam kelibat mangsa sebelum maut dirempuh keretapi yang sedang melintasi laluan di landasan bertentangan di Jatinegara, Indonesia pada Sabtu. — Agensi

SEORANG pelajar sekolah maut selepas dirempuh oleh sebuah tren ketika sedang membuat rakaman demi konten media sosial di tengah-tengah sebuah landasan kereta api di Jatinegara, Indonesia pada Sabtu.

Ketika kejadian, mangsa yang merupakan peminat kereta api atau lebih dikenali sebagai Railfans dilaporkan sedang merakam perjalanan sebuah kereta api di landasan berkembbar dekat Stesen Jati, Jatinegara.

Detik-detik mengerikan itu turut dirakam oleh rakan mangsa yang turut berada di lokasi.

Berdasarkan klip tersebut, ia pada awalnya merakam sebuah tren yang baru tiba melintasi landasan di stesen berkenaan.

Pada masa sama, mangsa turut membuat rakaman keretapi yang sama tidak jauh beberapa meter daripada rakannya di tengah-tengah landasan bertentangan.

BACA LAGI: [VIDEO] Tindakan pantas penjaga kedai bantu 'gamer' lepas tercekik kerepek kentang

BACA LAGI: [Video] Tercekik di meja makan, keluarga mangsa tergamam, mujur pelayan bertindak pantas

Bagaimanapun, ketika sedang leka membuat rakaman tersebut, pelajar lelaki terbabit dilihat tidak perasan mengenai kehadiran sebuah lagi tren dari arah bertentangan.

Kamera rakan mangsa turut merakam detik-detik terakhir sebelum mangsa dirempuh oleh kereta api berkenaan yang didengar turut membunyikan hon berulang kali.

Difahamkan, akibat rempuhan berkenaan, pelajar terbabit terpelanting ke tepi landasan.

Rakan mangsa yang turut berada di laluan berkenaan sempat dilaporkan sempat untuk mengelak daripada dilanggar dengan bergegas ke tepi landasan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Matraman, Kompol Suprasetyo mengesahkan kejadian tersebut.

"Mereka sedang membuat konten mengenai kereta api. Mangsa yang meninggal dunia adalah remaja yang merupakan pelajar sekolah," katanya.

Media tempatan melaporkan bahawa sebelum kejadian, saksi di lokasi kejadian sempat mengingatkan mangsa mengenai terdapatnya sebuah lagi tren yang akan melintasi landasan berkenaan.

Bagaimanapun, peringatan itu difahamkan diberikan ketika keretapi berkenaan berada begitu hampir dengan mangsa.

Saksi juga memaklumkan bahawa kumpulan remaja tersebut sememangnya sering membuat kandungan berkenaan dengan tren. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram