SEORANG pelayan, Lacy Guptill tular selepas berjaya menyelamatkan seorang lelaki tercekik di sebuah kedai makan pada Jumaat.
Menerusi rakaman video yang dikongsikan di Instagram milik @goodnews_movement, sebuah keluarga sedang meluangkan masa bersama di kedai makan yang dipercayai di New Delhi, India.
Namun, secara tiba-tiba, lelaki berbaju gelap tercekik dan ahli keluarganya cuba membantu dengan menepuk belakang lelaki tersebut tetapi ia tidak mengubah keadaan mangsa.
Ketika itu, Lacy Guptill menyedari masalah dihadapi pelanggan kedai berkenaan dan segera membantu dengan menggunakan teknik Heimlich Maneuver.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan pantas Lacy dan menggelarnya sebagai 'hero'.
"Bagus la Lacy ni, dahlah pantas, memang hero la", kata Monina.
"Nasib ada hero ni, kalau tak, tak tahu la hidup ke tidak budak tu", luah Mafer.
"Keluarga dia ni tak tahu apa-apa ke, diam je kat meja masing-masing", kata Kayjay. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram