SEORANG pengguna media sosial dari Indonesia yang dikenali sebagai Nayla bernasib malang setelah ditipu ketika melakukan pembelian sebuah telefon pintar melalui aplikasi Tokopedia pada 28 Julai 2023.
Pengguna Twitter (X) ini membeli iPhone 13 128GB dari sebuah kedai yang dikenali sebagai Maxi Phone Cell Ruko ITC Cempaka Mas di Jakarta Pusat, Indonesia.
Melalui video yang tular baru-baru ini, dia terkejut setelah menerima bungkusan yang mempunyai beberapa ketul batu di dalamnya.
Beli Iphone 13 di @tokopedia malah dikirim Batu
.
.
Tokopedia Tolak Klaim, Netizen ngaku Rugi 11 juta
Konteks: https://t.co/Fjh3LI7bm9 pic.twitter.com/3tv45obOY5
— Miss Tweet (@Heraloebss) September 11, 2023
"Beli telefon, tapi yang diterima batu @TokopediaCare berikan alasan tidak masuk akal dan tidak terima proses ganti rugi.
"Saya hilang wang 11,092,000 rupiah (RM300)," tulis Nayla melalui akaunnya @Nayla_sa11 pada Isnin.
Selain itu, harga tersebut merupakan promosi yang telah diberikan oleh penjual tersebut.
Menurutnya lagi, penghantaran dilakukan melalui perkhidmatan JNE Regular dengan anggaran masa iaitu 30 Julai sehingga 1 Ogos 2023.
"Saya buka bungkusan tersebut pada malam hari saya ambil dan ternyata isinya adalah batu, malah cara bungkus juga kelihatan tidak kemas," katanya.
Melihat isi yang bukan seperti apa yang dibelinya itu, Nayla memutuskan untuk membuat aduan kepada Tokopedia Care yang bertindak sebagai platform aduan untuk pelanggan.
“Saya terus mengadu kepada mereka dan hantar semua bukti bergambar dan video berkenaan dengan bungkusan tersebut," jelasnya lagi.
Pada masa yang sama, dia juga sempat membuat aduan kepada pihak penjual dan respons yang diberikan tidak memuaskan.
"Bukti video proses pembungkusan oleh penjual langsung tidak sama kerana tiada resit @tokopedia dilekatkan serta video yang tidak jelas seperti terputus," tambahnya lagi.
Enggan berputus asa, Nayla juga meneruskan aduannya kepada pihak Ekspedisi iaitu JNE, namun kecewa dengan terhadap mereka kerana tidak dapat mengambil sebarang tindakan mengenai kesnya.
Setakat berita ini ditulis, pihak Tokopedia masih belum memberikan penjelasan rasmi terhadap isu tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram