TULAR sebuah video yang memaparkan detik-detik dua orang yang dilaporkan maut selepas disambar petir ketika berada di pantai Mexico pada Rabu.
Menerusi sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan kejadian berlaku di pantai yang terletak di Aquila, Michoacan, Mexico.
Pihak berkuasa Mexico mengesahkan kejadian itu yang meragut nyawa seorang pelancong dan penjual buaian.
Mangsa pertama yang merupakan seorang wanita dilaporkan maut di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa meninggal dunia akibat cedera parah selepas dibawa ke hospital.
Beberapa orang awam yang berada berhampiran lokasi kejadian bagaimanapun terselamat.
Kejadian seumpama itu jarang berlaku terutamanya di kawasan pantai Mexico yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram