SEBANYAK lima pasangan remaja ditahan dalam satu operasi cegah maksiat yang dilakukan oleh warga Kampung Jogoloya dekat Jombang, Indonesia pada 15 Januari lalu.
Video kelima-lima pasangan itu dicekup turut menjadi tular dan bualan warga maya bukan sahaja di negara jiran tetapi juga di Malaysia.
Hal ini kerana salah satu pasangan yang ditangkap merupakan murid sekolah menengah.
Pada masa sama, tindakan sekumpulan lelaki yang mengasari pasangan kekasih itu turut menjadi perhatian.
BACA LAGI: [VIDEO] Wanita penggal kepala anak jiran, pura-pura ikut solat jenazah
Memetik laporan media antarabangsa, kelima-lima pasangan tersebut ditahan di sebuah rumah yang menyewakan bilik kepada orang luar.
Pihak berkuasa tempatan Jogoloya, M Toyib berkata, operasi itu dilakukan pada pukul 12 tengah hari oleh orang kampung.
"Rumah yang dimiliki oleh individu bernama Ahmad dan Fatimah itu disyaki menyediakan bilik untuk melakukan maksiat.
"Pihak kami juga menemui beberapa barang bukti seperti baju, kondom, pakaian dalam serta buku pendaftaran rumah tersebut.
"Kesemua pasangan yang ditahan termasuk pelajar sekolah menengah dihantar ke balai polis berdekatan," katanya.
Tambah Toyib lagi, rumah tersebut menawarkan bilik dengan harga 30,000 rupiah (RM9) sejam melalui Facebook dan sering dikunjungi pasangan muda. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram