[VIDEO] Enggan susahkan anak, warga emas hidap kanser sanggup tinggal dalam lubang kubur


  • Benua
  • Selasa, 23 Jan 2024

Hanya kerana tidak mahu menyusahkan anaknya, seorang warga emas lelaki sanggup nekad tinggal dalam lubang kubur. — Agensi

GARA-GARA tidak mahu menyusahkan anaknya, seorang lelaki warga emas sanggup nekad tinggal dalam lubang kubur.

Walaupun kejadian tersebut berlaku pada tiga tahun yang lalu, namun peristiwa yang terjadi di Wugang dekat Wilayah Hunan, China itu masih lagi menjadi bualan hingga kini.

Manakan tidak, warga emas yang menghidap penyakit kanser limfoma itu sanggup mengupah pekerja untuk menggali lubang kubur berkenaan sebagai persediaan pengebumiannya.

Difahamkan, pesakit t berusia 79 tahun itu dikatakan sudah hilang harapan selepas pelbagai rawatan yang dijalani di hospital, gagal menyembuhkan penyakitnya.

BACA LAGI:[VIDEO] Wanita penggal kepala anak jiran, pura-pura ikut solat jenazah

BACA LAGI:[VIDEO] Sewa bilik RM9 sejam, murid sekolah menengah antara 5 pasangan kena cekup buat

Dia dan anak lelakinya kemudian pulang ke kampung halaman mereka serta membuat persediaan termasuk mengupah orang menggali kubur.

Ketika mahu memeriksa kubur yang digali itu, lelaki berkenaan didakwa terus memasuki lubang terbabit dan enggan keluar apabila dipujuk anaknya.

Pesara berkenaan memberitahu mahu tinggal di dalam lubang itu kerana tidak mahu lagi menyusahkan isteri dan anaknya.

Memetik laporan media antarabangsa, warga emas itu menyuruh anaknya pulang dan mengambil makanan buatnya manakala dia yang membawa pisau cuba untuk membunuh diri.

Bagaimanapun, warga emas itu sempat diselamatkan apabila penduduk kampung yang melihat kejadian menghubungi pihak berkuasa pada waktu kejadian.

Menerusi video tular, warga emas itu dibawa naik oleh pasukan keselamatan dan dihantar ke hospital untuk rawatan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram