[VIDEO] Analisis DNA sepadan, polis sahkan rangka tak sempurna milik Bella


  • 112
  • Selasa, 23 Jan 2024

Rangka mayat Bella (gambar kecil) ditemukan sepasukan unit forensik polis Johor di kediaman lamanya yang berlokasi di Batu Pahat pada Jumaat.

RANGKA manusia yang ditemui di sebuah rumah terbiar di Jalan Imam Jailani, Tongkang Pechah dekat Batu Pahat, Johor Jumaat lalu sah milik Bella.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, polis mengesahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas rangka mangsa milik Mira Sharmila Samsusah, 32.

"Sampel patologi rangka manusia yang dihantar ke Jabatan Kimia Johor pada 21 Januari lalu telah diperoleh hari ini (Selasa).

BACA LAGI: [VIDEO] Wanita penggal kepala anak jiran, pura-pura ikut solat jenazah

“Melalui laporan diterima pihak polis mengesahkan hasil analisis DNA sepadan dengan sampel yang diambil daripada ibu dan kakak Bella.

“Pihak polis telah menghubungi keluarga Bella untuk menuntut mayat (rangka) di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

BACA LAGI: [VIDEO] Sewa bilik RM9 sejam, murid sekolah menengah antara 5 pasangan kena cekup buat maksiat

Tambah Ismail lagi, kertas siasatan telah dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri dan telah mendapat arahan salah seorang suspek iaitu suspek utama untuk dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Majistret Batu Pahat pukul 9 pagi Rabu.

Sebelum ini, tiga lelaki telah ditahan berikutan penemuan rangka tulang manusia milik Bella itu.

Ketiga-tiga yang ditahan termasuk teman lelaki dan bapa saudara kepada teman lelaki itu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan penemuan rangka tidak sempurna berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram