[VIDEO] Sampai trauma dibuatnya, lelaki tinju pesakit mental diburu aktivis sosial


  • Benua
  • Ahad, 07 Jan 2024

Tangakap layar seorang pemuda (kanan) menumbuk seorang lelaki yang mengalami gangguan mental mengundang kecaman warga maya baru-baru ini.

TINDAKAN seorang pemuda menumbuk seorang lelaki yang mengalami gangguan mental mengundang kecaman warga maya baru-baru ini.

Lebih menyedihkan lagi, mangsa yang ditumbuk mengalami trauma dan takut untuk keluar rumah.

Memetik laporan media antarabangsa, SerambiNews.Com, kejadian itu berlaku pada Sabtu lalu di salah sebuah kawasan di Indonesia.

Namun tidak dinyatakan lokasi sebenar kejadian itu berlaku.

Difahamkan, video tersebut dirakam oleh rakam suspek dan mula tular di sosial media sehari selepas kejadian.

BACA LAGI: [VIDEO] Terjun selamatkan wanita nyaris lemas, Myvi dihanyutkan banjir deras di Jalan Kota Tinggi-Mersing

Melalui video yang dimuat naik di laman Instagram seorang aktivis kemanusiaan, Pratiwi Noviyanthi, kelihatan mangsa dan suspek berdiri di sebuah tepi jalan raya.

Suspek pada mulanya membuat aksi seolah-olah berada di gelanggang tinju dengan mangsa sebelum dia melepaskan satu tumbukan ke arahnya.

Lelaki malang yang ditumbuk di kepala itu terus terjatuh menahan kesakitan dan lebih menggeramkan lagi, suspek dilihat ketawa selepas kejadian itu.

Pada masa sama, Pratiwi Noviyanthi sempat berkongsi keadaan terkini mangsa yang hanya dikenali sebagai Bapak Affendi.

"Pak Affendi masih lagi mengalami kesakitan tetapi berada dalam keadaan sihat.

"Dia kini takut untuk keluar rumah dan masih trauma.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek sila laporkan segera kepada pihak polis," tulisnya lagi.

Setakat berita ini ditulis, suspek masih lagi bebas dan kejadian tersebut sudah dilaporkan kepada pihak berkuasa tempatan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram