[VIDEO] Tindakan spontan penjual bunga tumbuk pecah cermin kereta selamatkan nyawa budak perempuan tersepit leher


  • Benua
  • Isnin, 15 Jan 2024

Tangkap layar video memaparkan tindakan lelaki terbabit menyelamatkan kanak-kanak perempuan berkenaan yang kepalanya tersepit di tingkat pintu kereta dinaiki keluarganya.

TINDAKAN berani seorang lelaki berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan yang lehernya tersepit pada tingkap cermin sebuah kereta.

Video mengenai kejadian yang berlaku di Palestin itu tular di sosial media sejak Ahad.

Menerusi klip tersebut, seorang wanita pada awalnya dilihat sedang panik selepas leher anaknya tersepit pada tingkap kereta yang dinaikinya.

Usahanya untuk menurunkan tingkap berkenaan bagaimanapun tidak berjaya dipercayai akibat isu teknikal.

Situasi itu bagaimanapun disedari oleh seorang lelaki yang berada berdekatan dan segera tampil memberikan bantuan.

Di dalam klip tersebut, lelaki itu dilihat pada mulanya cuba untuk memaksa menurunkan cermin berkenaan namun mengalami kesukaran.

BACA LAGI: [VIDEO] Rambo Kenyir jadi hero naikkan mayat budak lemas di Sungai Tok Hakim lepas 17 jam operasi

Situasi itu juga dipercayai menyebabkan kanak-kanak perempuan itu hampir tercekik akibat tersepit.

Ekoran daripada situasi genting itu, lelaki tersebut kemudiannya bertindak berani apabila menumbuk pecah tingkap cermin kereta berkenaan dan seterusnya melepaskan budak perempuan terbabit.

Lelaki itu, yang kemudiannya dikenali sebagai Ahmed Ali dan merupakan seorang penjual bunga mengalami kecederaan di bahagian tangannya dan memerlukan jahitan ekoran insiden berkenaan.

BACA LAGI: [VIDEO] Terjun selamatkan wanita nyaris lemas, Myvi dihanyutkan banjir deras di Jalan Kota Tinggi-Mersing

Ahmed dilaporkan berkata, meskipun mengalami kecederaan, dia sangat bersyukur kerana dapat menyelamatkan nyawa kanak-kanak perempuan terbabit.

"Nyawa manusia adalah sesuatu yang sangat berharga. Saya baru sahaja menerima bayi baharu 10 hari lalu. Itu menjadi antara faktor yang mendorong saya menyelamatkan kanak-kanak tersebut," katanya.

Ekoran kejadian yang berlaku sekitar awal September 2023 itu, Ahmed turut diberikan penghargaan oleh pasukan Keselamatan Awam Palestin atas tindakan beraninya dalam insiden berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram