SEORANG pejalan kaki di California, Amerika Syarikat bernasib baik apabila hanya mengalami kecederaan ringan selepas dirempuh oleh sebuah kenderaan yang dipandu oleh suspek pencuri kereta.
Dalam kejadian pada Khamis lalu, polis pada awalnya dilihat sedang mengejar sebuah kenderaan jenis Toyota Prius dipandu oleh seorang lelaki yang dipercayai suspek dalam kes kecurian beberapa buah kenderaan di bandar tersebut.
Insiden kejar-mengejar yang dirakam dari atas sebuah helikopter itu turut disiarkan secara langsung di saluran televisyen media tempatan.
BACA LAGI: [VIDEO] Bekas pemandu teksi maut, ditembak berdas-das 2 penunggang 'misteri' depan kediaman
Berdasarkan klip tersebut, sebuah kereta polis dilihat pada awalnya merempuh kereta dipandu suspek dari arah belakang sehingga menyebabkannya terbabas ke tepi jalan.
Impak pelanggaran tersebut juga menyebabkan kereta dinaiki penjenayah tersebut bergerak secara perlahan sebelum menghampiri satu persimpangan lampu isyarat.
Pada masa sama, seorang wanita yang kemudiannya dikenali Maria Salazar, 66 dilihat turut sedang melintas jalan di persimpangan sama tidak jauh daripada kereta dipandu suspek.
Bagaimanapun, tidak sampai beberapa saat kemudian, sebuah kereta polis dilihat merempuh kenderaan suspek yang dipandu secara perlahan dari arah belakang sehingga menyebabkannya berpusing sebelum turut merempuh Maria sedang berjalan dan tidak sampai beberapa meter dari lokasi.
Impak daripada rempuhan berkenaan menyaksikan wanita terbabit tercampak jatuh di atas jalan.
"Ketika kejadian, Saya sedang menyeberang jalan dan kemudiannya saya tidak ingat apa-apa," katanya kepada KNBC melalui penterjemah.
BACA LAGI: [VIDEO] Budak lelaki selamat selepas dilanggar, diseret kereta sejauh 5 meter
Maria dilaporkan masih terkejut ekoran insiden tersebut dengan dirinya mengalami kecederaan lebam dan luka di dahinya.
Polis memaklumkan, selepas kejadian, wanita itu dilaporkan boleh berjalan pulang ke rumahnya sebelum kemudiannya pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Sementara itu, suspek yang menaiki kenderaan terbabit dilihat sempat melarikan diri dengan keluar dari kereta selepas kemalangan itu.
Bagaimanapun, polis berjaya menangkapnya tidak lama kemudiann tidak jauh daripada lokasi.
Menurut polis, suspek dalam kes tersebut sebelum itu terlibat dalam kes samun kereta melibatkan dua mangsa. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram