[VIDEO] Terjun selamatkan wanita nyaris lemas, Myvi dihanyutkan banjir deras di Jalan Kota Tinggi-Mersing


  • Tular
  • Ahad, 07 Jan 2024

SEORANG wanita hampir lemas selepas Myvi yang dinaikinya hilang kawalan lalu terbabas ke sebuah parit dalam satu kejadian banjir kilat di Jalan Kota Tinggi-Mersing, Johor pada Ahad.

SEORANG wanita hampir lemas selepas Perodua Myvi yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas ke sebuah parit dalam satu kejadian banjir kilat di Jalan Kota Tinggi-Mersing, Johor pada Ahad.

Video kejadian turut tular di media sosial serta memaparkan beberapa orang awam terjun ke dalam parit berkenaan untuk menyelamatkannya.

Melalui maklumat awal yang dikongsikan, wanita berkenaan dalam perjalanan menuju ke sebuah lokasi sebelum kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya hilang kawalan.

BACA LAGI : [VIDEO] Luluh hati isteri, suami meninggal dunia gara-gara pemandu bongkak halang laluan ambulans

Sementara itu, seorang saksi, Norlidya Iskandar berkata, mangsa kini berjaya diselamatkan orang awam dan berada dalam keadaan selamat.

"Mangsa selamat dan kini sedang menerima rawatan di hospital," katanya.

Dalam video yang dikongsikan, kelihatan mangsa sedang berpaut di bahagian belakang keretanya sambil menjerit meminta tolong.

Dua orang lelaki turut dilihat dengan berani terjun dan cuba menyelamatkan wanita berkenaan.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram