[VIDEO] Rambo Kenyir jadi hero naikkan mayat budak lemas di Sungai Tok Hakim lepas 17 jam operasi


  • 112
  • Khamis, 28 Dis 2023

Muhammad Harraz Ilman yang hilang selepas tergelincir di Sungai Tok Hakim, Kuala Terengganu ditemui lemas. — BBP Kuala Terengganu

SEORANG kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang selepas tergelincir ke dalam Sungai Tok Hakim, Kuala Terengganu ditemukan lemas pada Khamis.

Mayat Muhammad Harraz Ilman Mohd Syahril Redhuan, 11, ditemukan kira-kira pukul 11 pagi Khamis selepas lebih 17 jam operasi dilakukan pasukan menyelamat yang dikenali sebagai Rambo Kenyir.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, mangsa dikesan di dasar sungai pada jarak 30 meter dia dilaporkan hilang.

"Dalam operasi yang memasuki hari kedua ini selain selaman operasi juga dilaksanakan menerusi pencarian sebelum pasukan penyelamat berjaya menjejaki mangsa di dasar sungai," katanya.

Katanya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Rozizah berkata, lebih 70 kekuatan juga digerakkan termasuk polis, bomba, unit anjing pengesan dan penduduk kampung.

Pada Rabu, kegembiraan tiga sahabat bermandi manda di Sungai Tok Hakim, Kuala Terengganu bertukar tragedi selepas seorang daripada mereka dikhuatiri lemas.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu mangsa datang ke lokasi berkenaan untuk bermandi bersama adiknya, Muhammad Firas Wafiy, 9, dan seorang lagi rakan mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram