[VIDEO] Rider nyaris rentung, motor tiba-tiba terbakar akibat litar pintas lepas isi minyak


  • Benua
  • Rabu, 10 Jan 2024

Tangkap layar sebuah motosikal secara tiba-tiba mengeluarkan api yang marak dalam kejadian di Jalan Kartini, Bekasi Timur, Indonesia pada Ahad lepas.

SEORANG penunggang motosikal panik apabila motornya secara tiba-tiba mengeluarkan api yang marak ketika berada di stesen minyak Jalan Kartini, Bekasi Timur, Indonesia pada Ahad lepas.

Rakaman yang tular sejak Rabu di media sosial itu menunjukkan detik cemas seorang lelaki yang mahu beredar daripada stesen minyak selepas selesai mengisi minyak motornya.

Ketika kejadian, lelaki berkenaan cuba menghidupkan enjin motornya namun tiba-tiba terkejut apabila api yang marak keluar daripada enjin motosikal tersebut.

BACA LAGI: Ada sebab wanita tak boleh berpoligami, lebih terdedah masalah kelamin — Mufti Pulau Pinang

Mujurlah lelaki terbabit berjaya menyelamatkan dirinya daripada rentung akibat kejadian terbabit.

Dalam pada itu, pekerja stesen minyak terbabit yang melihat kejadian bergegas membantu untuk memadamkan api dengan menggunakan alat pemadam api yang diletakkan berhampiran kawasan itu.

Tindakan pantas pekerja terbabit berjaya memastikan api tidak marak ke kawasan lain di sekitar stesen minyak tersebut.

Stesen minyak tersebut juga dikatakan mengalami kerugian selepas terjadinya kemalangan tidak disangka itu.

Difahamkan, kejadian dipercayai berpunca daripada litar pintas elektrik yang menyebabkan motosikal berkenaan meletup.

Punca sebenar kejadian termasuk sama ada motosikal terbabit sudah diubah suai penunggang terbabit begitupun masih dalam siasatan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram