[VIDEO] Angkara jalan rosak, rider maut terpelanting motor terperosok bawah lori di Jambatan Selat Klang


  • Tular
  • Sabtu, 09 Dis 2023

Tangkap layar motosikal milik mangsa yang terperosok bawah lori di Jambatan Selat Klang, Klang pada Sabtu.

SEORANG penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah lori di Jambatan Selat Klang menghala Northport, Klang, Selangor pada Sabtu.

Rakaman yang tular di media sosial menunjukkan sebuah motosikal terperosok di bawah lori manakala mangsa yang disahkan meninggal dunia terpelanting di tengah-tengah jalan.

Saksi kejadian, Mat Tonde Kanz berkata, kemalangan itu didakwa berpunca daripada keadaan jalan raya di kawasan itu yang berbahaya.

"Disebabkan jalan rosak tidak mahu dibaiki, nyawa orang melayang. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman," dakwa Mat Tonde.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berharap pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) mengambil tindakan untuk memperbaiki keadaan jalan raya di tempat itu.

"Salam takziah moga tenang di sana. Buat pihak berwajib, renung-renungkanlah jalan itu, sampai bila nak makan korban lagi? #jkrklang #jkrmalaysia #jkr #majlisperbandaranKlang," tulis Ayen Zacharia.

"Jalan sebelah susur kiri, memang sangat teruk berlubang sangat dalam. Bahaya untuk penunggang motosikal. Saya yang naik kereta laluan harian ulang alik kerja juga risau," tulis Noyz Hafizah.

"Mana kerajaan negeri Selangor, mana JKR Selangor. Jalan makin lama makin berlubang, bukan makin elok. Fikirkan nyawa penunggang motosikal di mana nyawa mereka 50/50 atas jalan raya ini. Kalau mahu tampal jalan tidak guna, esok lusa kena hujan berlubang balik.

"Apa salahnya buat baharu, buat rekod berapa tahun jalan perlu dibaiki. Jangan buat sambil lewa. Nyawa manusia tak ada ganti. Kalau jalan masih lagi boleh dibaiki," tulis M Firdaus Areus.

"Jalan dah teruk sangat kadang-kadang tidak perasan lubang nak elak sekali lori belakang laju. Salam takziah untuk keluarga," tulis Yusry Hakiemi.

Setakat berita ini ditulis, belum ada kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung kejadian itu. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram