DUA suspek lelaki dan wanita berjaya ditahan polis selepas dikejar hampir 30 minit di Seymour, Indiana, Amerika Syarikat.
Kejadian yang berlaku pada 13 November 2022 itu dilaporkan tercetus akibat kegiatan jenayah dilakukan suspek yang cuba merompak sebuah kedai di kawasan berkenaan.
Kedua-dua suspek berusia 36 tahun, dikenali sebagai Chance Money dan Jessica Holiday dilaporkan cuba meloloskan diri dan melarikan sebuah kotak dipercayai barangan berharga sebaik dikepung polis.
Seorang anggota polis meletakkan alat pengempis tayar di laluan tersebut namun Money difahamkan memandu laju dan berjaya mengelak daripada terkena peralatan tersebut.
BACA LAGI: [VIDEO] Pencuri lari tak cukup tanah, sanggup lompat dari tingkat 2 lepas rembat gajet mewah
Adegan kejar mengejar itu kemudiannya berlarutan apabila satu das tembakan dilepaskan namun ia gagal mengenai suspek.
Video tersebut kembali tular pada Selasa dan hangat diperkatakan di laman Twitter.
Kejadian itu walau bagaimanapun berakhir dengan selamat apabila kedua-dua suspek berjaya ditahan polis.
Suspek masing-masing dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan jenayah pencerobohan privasi dan penemuan dadah dalam kenderaan dipandu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram