DUA remaja dilaporkan maut akibat lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Kampung Perpat, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu sekitar pukul 1.25 tengah hari Rabu.
"Kedua-dua mangsa berusia 15 dan 19 tahun difahamkan keluar memancing di kawasan itu bersama rakannya yang lain sebelum kejadian.
BACA LAGI: [VIDEO] Budak nyaris lemas dilambung ombak besar ketika mandi di Pantai Kemayang
"Ketika kejadian, mangsa sedang melontar pukat sebelum salah seorang daripadanya bermain air dan menyebabkan kedua-duanya terjatuh ke dalam longkang dan lemas," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Kedua-dua mangsa telah dikenal pasti sebagai Muhammad Airell Iskandar Mohamad Aliff dan Mohamad Azihan Baharum.
Hussin berkata, kedua-dua mayat telah dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram