[VIDEO] Kantoi rembat motosikal, pencuri lari lintang pukang tak cukup tanah sampai tertinggal 'handphone'


  • Tular
  • Khamis, 20 Jul 2023

Tangkap layar video memaparkan pencuri motosikal berlari lintang pukang selepas dilanggar oleh pemilik kenderaan tersebut.

TINDAKAN seorang lelaki mencuri motosikal nyaris mengundang padah buat dirinya sendiri setelah dia dilanggar oleh pemilik kenderaan tersebut.

Video dan beberapa foto kejadian yang berlaku di Batu Balai, Damak, Jerantut, Pahang dikongsikan di laman Facebook @Aza Zaza pada Jumaat.

Kejadian tersebut disedari oleh pemilik kenderaan berkenaan selepas mendengar bunyi enjin motosikal dihidupkan sekitar pukul 3.30 pagi, Jumaat.

Menyedari motosikalnya dicuri, dia kemudian segera mengejar suspek dengan menaiki kereta dan bertindak melanggarnya ketika melalui sebuah jalan yang sunyi.

Selepas dilanggar, pencuri berkenaan dilihat lari lintang pukang ke arah jalan raya yang gelap, sehingga tidak menyedari bahawa telefon pintarnya tertinggal di lokasi kejadian.

Berdasarkan hantaran Facebook itu juga, suspek itu dipercayai baru sahaja dibebaskan daripada tahanan lokap.

Pencuri tidak menyedari bahawa telefon pintarnya tertinggal di lokasi kejadian.

"Dia tak perasan owner follow, boleh pula dia suruh owner jalan dulu, kan dah kena langgar.

"Lari lintang pukang sampai tertinggal telefon. Alhamdulillah masih ada rezeki kami. Minta selepas ini orang Damak sila hati-hati.

"Budak ni baru keluar lokap tapi tak serik-serik," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram