[VIDEO] Padah elak trafik guna jejantas pejalan kaki, pemandu 'tuk tuk' ditahan polis


  • Benua
  • Jumaat, 08 Sep 2023

Pemandu beca automatik yang menggunakan jejantas pejalan kaki untuk mengelak trafik di India.

TULAR video pemandu 'tuk tuk' atau beca automatik menggunakan jejantas pejalan kaki demi mengelak daripada kesesakan lalu lintas di kawasan Hamdard Nagar, India pada Khamis.

Video tersebut memaparkan aksi seorang pemandu yang memecut dan melintasi beberapa pejalan kaki lain yang sedang berjalan di jejantas tersebut.

Pemandu yang dikenali sebagai Munna, 25 tahun bersama rakannya, Amit dipercayai telah ditahan polis setelah video tersebut tular.

Siasatan mendedahkan bahawa kedua-dua individu merupakan penduduk di kawasan Sangam Vihar, Delhi dan dalam perjalanan pulang ke rumah ketika terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk.

Bagaimanapun, kesalahan seperti itu dianggap sebagai perkara biasa yang sering berlaku terutamanya di bandar tersebut.

Selain itu, insiden sama yang melibatkan penunggang motosikal turut berlaku, namun penguatkuasaan undang-undang dalam menangani perkara sedemikian masih longgar.

India mempunyai rekod kadar kemalangan jalan raya yang tertinggi di seluruh dunia disebabkan sikap sebahagian besar masyarakatnya tidak mematuhi peraturan jalan raya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram