[VIDEO] 'Kurang 10 saat terlelap', rakaman minit akhir sebelum Myvi bertembung lori treler, 2 pelajar maut di Tangkak


  • Tular
  • Khamis, 07 Sep 2023

Tangkap layar rakaman video daripada papan pemuka kenderaan beberapa minit sebelum kejadian nahas yang mengorbankan dua pelajar pada Rabu.

NAHAS maut melibatkan sebuah kenderaan bersama treler membawa muatan di Sagil, Tangkak, Johor pada pagi Rabu mengorbankan dua orang pelajar.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, kejadian itu berpunca selepas salah seorang mangsa yang memandu kenderaan jenis Perodua Myvi tersebut mengantuk sehingga terbabas ke laluan bertentangan.

Dua mangsa terkorban ialah Mohd Hazim Abdul Halim, 25 yang juga pemandu kenderaan dan penumpang, Muhamad Fikri Amaludin, 24.

Dalam pada itu, video memaparkan rakaman daripada kamera papan pemuka kenderaan mangsa beberapa minit sebelum kejadian turut tular di sosial media sejak Khamis.

Berdasarkan klip berdurasi dua minit 10 saat itu, kenderaan tersebut dilihat hampir terbabas sekurang-kurangnya dua kali masing ke laluan bertentangan dan bahu jalan sehingga hampir melanggar pokok di tepi jalan.

Malah, beberapa saat sebelum bertembung dengan lori treler yang terbabit, kenderaan berkenaan dilihat hampir terlanggar sebuah kenderaan dipercayai motosikal yang berada di laluan bertentangan.

"Tertidur ni, melelong bawak kereta. Al-Fatihah," tulis Nik Jazwiri.

"Dari awal ada tanda mengantuk. Rehat lima minit kalau mengantuk. Bahaya terlelap," ujar Wan GT.

"Sayang nak berhenti 30 minit untuk rehat tidur. Kurang 10 saat terlelap je boleh sebabkan kemalangan sehingga meninggal dunia," kata Muhaimin Malzi. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram