[VIDEO] Sempat berdoa, wanita disyaki mabuk maut tertimbus tragedi tanah runtuh


  • Benua
  • Rabu, 30 Ogos 2023

Tangkap layar seorang wanita tertimbus dalam tragedi tanah runtuh di Huancarani, wilayah Paucartambo, Peru.

SEORANG wanita dilaporkan maut dalam kejadian tanah runtuh di Huancarani, wilayah Paucartambo, kawasan tanah tinggi selatan Peru pada Mac 2018.

Mangsa Santusa Nina Huallpa, 36, dirakam berdiri tegak berhampiran kawasan kejadian sebelum dihempap tanah dan batu yang runtuh ke arahnya secara tiba-tiba.

Meskipun sudah boleh menduga akan kejadian itu, mangsa dikatakan enggan berganjak dan terus bergerak menghampiri kawasan berbahaya tersebut.

BACA LAGI: Lelaki maut, seorang lagi masih tertimbus runtuhan kuari Bandar Saujana Putra

Cuba diberikan amaran oleh orang awam, Santusa kemudiannya dilihat mengangkat kedua-dua belah tangannya sebelum insiden runtuhan berkenaan.

Rakaman kejadian yang kembali tular pada Jumaat, hangat diperkatakan dan meraih lebih 2,000 perkongsian di laman Twitter setakat ini.

Mayat mangsa ditemui tertimbus di bawah tanah oleh pihak polis dan disahkan meninggal di lokasi kejadian.

Dalam pada itu, laporan media antarabangsa mendakwa mangsa mabuk ketika kejadian namun segelintir masyarakat pula percaya bahawa wanita terbabit berfikiran waras dan sedar akan perbuatan dilakukan.

Kejadian tanah runtuh itu dilaporkan berlaku susulan cuaca hujan lebat yang melanda wilayah berkenaan beberapa hari sebelum kejadian.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke bilik mayat di Urcos, Peru untuk proses pengebumian dan pihak berkuasa tempatan difahamkan telah menutup laluan kawasan terjejas bagi mengelak daripada berlakunya sebarang insiden tidak diingini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram