[VIDEO] Dua lelaki sanggup terjun kren diserang tebuan


  • Benua
  • Jumaat, 23 Jun 2023

Tangkap layar memaparkan dua orang lelaki diserang tebuan ketika melakukan memotong dahan pokok di luar negara baru-baru ini.

DUA lelaki berdepan detik cemas apabila mereka diserang tebuan ketika sedang melakukan kerja membersihkan halaman rumah baru-baru ini.

Kejadian itu berlaku ketika kedua-duanya sedang melakukan kerja memotong dahan pokok di sebuah halaman sebuah rumah pada 13 Jun lalu.

Difahamkan kejadian itu berlaku di luar negara dan berjaya dirakam kamera litar televisyen tertutup (CCTV) peremis berkenaan, namun tidak dinyatakan lokasi sebenar.

Video berdurasi seminit lebih itu turut tular di laman media sosial tempatan dan menjadi bualan ramai.

Dalam video tersebut kelihatan dua lelaki itu berdiri di atas sebuah kren sebelum kedua-duanya diserang tebuan.

Kedua-duanya juga dilihat cuba menghalau tebuan tersebut dengan cara mengibas tangan di udara namun gagal.

Ekoran daripada itu salah seorang daripada mangsa bertindak terjun daripada kren berkenaan untuk menyelamatkan diri disusuli oleh rakannya yang lain.

Setakat berita ini ditulis, tidak dapat dipastikan status keadaan kedua-dua mangsa. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram