[VIDEO] Suspek segak perdaya 2 wanita naif, tak tahu apa-apa di kedai emas dekat Tawau


  • Tular
  • Khamis, 22 Jun 2023

Tangkap layar seorang lelaki dua utas rantai emas di sebuah kedai dekat Tawau baru-baru ini.

TINDAKAN licik seorang lelaki dipercayai mencuri barangan kemas di sebuah kedai emas sebelum melarikan diri, membawa padah apabila aksinya itu dirakam kamera litar televisyen tertutup (CCTV) premis berkenaan.

Kejadian itu difahamkan berlaku di Tawau, Sabah pada Rabu dan video kejadian itu turut dimuat naik semula di laman Facebook Suara Anak Tawau pada hari yang sama.

"Kejadian berlaku tadi (Rabu), seram...pakaian segak tetapi 'penangkau' (pencuri)," tulisnya.

Dalam video berdurasi 26 saat itu memaparkan suspek berada yang menggunakan pelitup muka untuk mengelakkan mukanya daripada dikenali di dalam premis kedai perhiasan tersebut sambil memegang dua utas rantai emas.

Berdasarkan maklumat data daripada CCTV premis berkenaan, kejadian itu berlaku pada pukul 12.20 tengahari Rabu.

Turut kelihatan dua orang wanita dipercayai pemilik dan pekerja kedai berkenaan melayan suspek tanpa mengesyaki apa-apa.

Suspek yang menunjukkan minat seolah-olah mahu membeli dua utas rantai tersebut secara tiba-tiba meluru keluar dari kedai lalu melarikan diri.

Namun, tidak dapat dipastikan lokasi sebenar kejadian itu berlaku dan belum ada sebarang kenyataan daripada berkuasa mengenai kejadian tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengecam tindakan lelaki terbabit.

"Sihat tubuh badan tetapi mencuri. Dia ingat pakai pelitup muka orang tidak kenal, tak lama lagi nanti kena tangkap, tunggu sahaja di berita," tulis Ryuuuuu.

Seorang lagi warganet, AzIzAn berkata, tindakan suspek memalukan kaum lelaki di seluruh Sabah.

"Memalukan semua kaum lelaki di negeri ini. Kalau dapat sila 'ajar' terlebih dahulu. Geram pula tengok dia lari macam itu," katanya. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram