Lelaki Pakistan jadikan perkahwinan sebagai hobi, mahu kahwini 100 wanita


  • Benua
  • Selasa, 21 Feb 2023

Hasrat pelik lelaki itu tersebar selepas sebuah video temu bual bersamanya dikongsikan oleh pemilik akaun Twitter, Jyot Jeet.

SEORANG lelaki Pakistan menyatakan hasratnya untuk berkahwin sebanyak 100 kali untuk tempoh sepanjang hayatnya.

Lelaki berkenaan yang berumur 60 tahun itu dilaporkan ketika ini sudah mendirikan rumah tangga sebanyak 26 kali dengan 22 daripada isterinya telah diceraikan.

Menurut laporan, ada antara isterinya itu ialah wanita yang seusia dengan cucunya.

Tidak cukup dengan itu, dia juga turut memiliki cita-cita untuk memiliki anak dalam setiap perkahwinannya sehingga membuat pilihan untuk menceraikan isterinya sebaik sahaja anaknya dilahirkan.

Hasrat pelik lelaki itu tersebar selepas sebuah video temu bual bersamanya dikongsikan pemilik akaun Twitter, Jyot Jeet.

Dalam video tersebut, seorang individu dilihat menemu bual seorang lelaki warga emas yang secara terbuka meluahkan fikirannya mengenai perkahwinan.

Menerusi klip itu, lelaki yang menyifatkan perkahwinan sebagai hobi itu juga dilihat sedang duduk bersama isterinya yang masih muda.

Pada ketika ini, lelaki berkenaan mempunyai seramai orang orang isteri yang berumur tidak melebihi 19-20 tahun.

Lelaki berkenaan dilaporkan sudah mempunyai seramai 22 orang anak yang tinggal bersama ibu masing-masing.

Dalam temu bual berkenaa, lelaki tersebut turut mendakwa telah menyediakan rumah dan perbelanjaan kepada isterinya untuk hidup selepas perceraian. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

benua, pakistan, kahwin, cerai, twitter, anak ramai