[VIDEO] Kecewa dicurangi, isteri tersakiti mengamuk hancurkan kereta suami belum habis bayar ‘loan’ bank cukup-cukup


  • Benua
  • Khamis, 16 Feb 2023

Tangkap layar aksi wanita itu ketika cuba memusnahkan kereta milik suaminya di Indonesia baru-baru ini.

SEORANG wanita Indonesia tidak dapat menahan kecewa dan amarahnya, selepas mendapat tahu suaminya berlaku curang terhadapnya baru-baru ini.

Menerusi video tular, wanita bertudung dan berseluar hitam itu bertindak luar kawalan apabila cuba memusnahkan kereta putih milik suaminya menggunakan sebatang kayu.

Video berdurasi 15 saat itu memaparkan, wanita itu pada mulanya memukul cermin hadapan, sebelum diteruskan dengan bahagian lampu hadapan kenderaan terbabit sehingga pecah.

Pada masa sama, wanita itu langsung tidak mengendahkan individu yang cuba menenangkannya di lokasi kejadian.

Difahamkan, wanita itu mendapat tahu suaminya berlaku curang apabila melihat suaminya berdua-duaan bersama wanita lain di dalam kereta tersebut.

Malah, hutang kereta itu juga dipercayai masih belum dilangsaikan kepada pihak bank.

Masa dan lokasi sebenar masih belum dapat dipastikan, namun ia dipercayai berlaku di Indonesia. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram