[VIDEO] Bengang tunggu bas 3 jam, pemuda maki pemandu wanita, ugut lapor HQ


  • Tular
  • Khamis, 16 Feb 2023

Tangkap layar insien pergaduhan membabitkan penumpang dan pemandu bas wanita dalam pengangkutan awam bas Rapid KL pada Rabu.

SEORANG lelaki bertindak di luar kawalan apabila menengking dan mengugut seorang pemandu bas Rapid KL selepas terpaksa menunggu lebih tiga jam di stesen bas pada Rabu.

Mendakwa pemandu berkenaan tidak menjalankan tugas sebaiknya, individu berkenaan kemudiannya mengugut untuk melaporkan kepada pihak pengurusan syarikat pengangkutan berkenaan.

Dalam pada itu, rungutan tersebut turut mendapat sokongan beberapa lagi penumpang lain yang berada dalam bas terbabit.

Dikongsikan di laman Twitter, kejadian tular sejak Khamis terbabit menerima lebih 8,000 jumlah tontonan setakat ini.

Pengadu mendakwa, mereka telah menunggu sejak pukul 2.30 petang namun tiada satu pun bas pengangkutan awam yang melalui kawasan terbabit sehinggalah pukul 4.20 petang, sebuah bas yang dipandu oleh pemandu wanita tiba di perhentian tersebut.

"Ini pemandu pertama baru sampai, dari pukul 2.30 petang sampai 4.20 petang. Kita akan akan buat laporan betul tak? Semua tunggu lama kan!

"Apa ini? Semua orang basah kena hujan lebat, macam ni ke buat kerja? Bila saya dah telefon HQ, baru bas datang, apa kerja macam ni," katanya pengadu berkenaan.

Majoriti sedang berusaha mendapatkan maklum balas dari pihak Rapid KL berhubung kes tersebut.

Orang ramai dinasihati untuk tidak menyebarkan sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram