[VIDEO] Pemuda ‘remix’ ayat suci al-Quran dengan muzik Tamil, dianggap menghina Islam


  • Benua
  • Khamis, 16 Feb 2023

Tangkap layar tindakan seorang individu lelaki di India memuat naik muzik video berunsurkan penghinaan terhadap Islam di TikTok.

TINDAKAN seorang pemuda dipercayai beragama Hindu yang memuat naik muzik video berunsurkan penghinaan terhadap agama Islam mengundang perhatian warganet.

Dalam rakaman itu, individu terbabit jelas menggunakan ayat suci Al-Quran dalam video dimuat naik di laman TikTok peribadinya.

Mencampurkan elemen muzik Tamil dan Islam dalam sebuah lagu, perbuatan lelaki tersebut nyata kurang disenangi masyarakat yang mendakwa ia satu bentuk penghinaan yang sengaja dilakukan.

Umar Nufail mendakwa, ia satu kesalahan besar sekiranya golongan bukan beragama Islam menyebut kalimah suci tersebut.

"Kalimah Shahadah bukan boleh dibuat main dengan sengaja, mereka yang ingin memeluk Islam perlu menyebutnya dengan niat yang betul, tapi tidak bermakna ia boleh dimainkan sesuka hati," katanya.

"Ini memang satu penghinaan, agama lain tak boleh sebut kalimah itu kalau bukan nak masuk Islam," ujar Mohd Faiz.

"Islam sekarang sudah tidak dihormati, ramai yang suka mempermainkan agama dalam pelbagai bentuk sindiran dan penghinaan," tambah Muhd Rusdi.

Dalam pada itu, hasil tinjauan Majoriti mendapati video provokasi tersebut sebenarnya berlaku di India sebagai salah satu bentuk sentimen benci terhadap Islam.

Namun, orang ramai di negara ini dinasihatkan tidak mudah terkesan dengan penyebaran video berkenaan dan mengambil ia sebagai satu pengajaran. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram