GARA-GARA sikap cuai tidak mematikan enjin motosikal ketika membeli barangan di kedai runcit, seorang lelaki mengalami detik cemas apabila kenderaannya dicuri di Taman Kodiang, Kedah baru-baru ini.
Segelintir penunggang motosikal di negara terkenal dengan sikap sambil lewa apabila rata-ratanya tidak mematikan enjin ketika hendeak membeli barangan di kedai runcit.
Itulah yang terjadi kepada mangsa apabila meninggalkan motosikalnya di luar hadapan sebuah premis runcit dengan tidak mematikan enjin kenderaan.
Selang beberapa saat mangsa memasuki premis tersebut, tiba-tiba muncul seorang lelaki dari arah kiri lalu menghampiri motosikal terbabit.
Tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, pencuri terbabit dengan pantas menaiki motosikal itu dan menukar gear sebelum beredar dari lokasi kejadian.
Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan peringatan agar tidak meninggalkan motosikal dengan keadaan enjin tidak dimatikan.
"Nak kesian tapi itulah, sikap cuai diri sendiri tinggalkan motosikal dengan keadaan macam itu," kata Noor Aini.
"Dah terbiasa sangat tinggal motor macam itu, sekali dah kena terpinga-pinga cari dekat mana motor," ujar Mohd Faidyy.
"Semoga insiden ini menjadi pengajaran buat penunggang motosikal di luar sana yang selalu tinggal motor nak beli barang dekat kedai runcit," Nur Raisya Nabila.
Setakat ini masih belum ada kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung insiden tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram