[VIDEO] Anak tertanya-tanya, apa ibu dan datuk berkopiah buat berdua-duaan dalam tandas


  • Benua
  • Khamis, 16 Feb 2023

Tangkap layar seorang remaja lelaki memarahai datuknya yang berdua-duan didalam sebuah tandas bersama ibunya di Indonesia baru-baru ini. — Agensi

LULUH hati seorang anak melihat tingkah laku jijik datuk dan ibunya yang berdua-duan di dalam sebuah bilik tandas awam baru-baru ini.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di salah sebuah daerah di Indonesia.

Perkara itu dikongsikan menerusi sebuah video tular di sosial media yang memaparkan seorang remaja lelaki sedang mengetuk sebuah pintu sambil menjerit.

Tidak lama kemudian, pintu tandas itu dibuka sebelum seorang wanita berpakaian serba hitam keluar dari tandas berkenaan disusuli seorang warga emas.

Difahamkan warga emas lelaki berkopiah putih itu merupakan datuk kepada remaja berkenaan.

Turut kedengaran remaja berkenaan menjerit kepada ibunya.

"Kenapa ibu? Kenapa?, jeritnya.

Namun begitu, warga emas yang keluar dari tandas itu seolah-olah tidak mempedulikan cucunya dan cuba meninggalkan lokasi kejadian.

"Fitnah, ini fitnah. Sumpah tiada apa yang terjadi," kata warga emas yang hanya memakai sarung dan berbaju putih berkenaan.

Kedua-dua mereka dilihat terus meninggalkan tempat tersebut.

Setakat berita ditulis, belum dapat dipastikan lokasi dan tarikh sebenar kejadian itu berlaku. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram