TULAR satu video orang awam menjumpai mayat seorang lelaki berhampiran Sungai Langat, Kampung Bukit Changgang, Kuala Langat, Selangor pada Sabtu.
Melalui video tular yang dimuat naik oleh pengguna TikTok cikFaizal97 memaparkan mayat seorang lelaki yang tidak dikenali identiti dilihat terapung di sungai berkenaan.
"Orang awam jumpa jumpa mayat ketika nak memancing," tulisnya.
Dalam video tersebut kelihatan seorang lelaki cuba menarik mayat tersebut menggunakan sebatang kayu ke tebing sungai.
" Tarik, tarik, cuba sangkut pada baju atau seluar," katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Datuk Norazam Khamis mengesahkan kejadian terbabit.
Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat pada pukul 1.30 petang Sabtu.
"Setibanya di lokasi kejadian, anggota yang bertugas mendapati ada satu mayat seorang lelaki India berusia 28 tahun berada di tebing sungai.
"Pasukan Bomba dan Penyelamat Banting, Selangor diketuai Pegawai Bomba Kanan 1 (PBK1), Zaharul Izzat kemudiannya mengangkat mayat menggunakan pengusung dari lokasi kejadian.
"Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada Majoriti pada Ahad.
Hasil pemerhatian Majoriti, video tersebut sudah dipadamkan sebelum dimuat naik semula di halaman Facebook Sepang Viral.
Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,