[VIDEO] Deejay wanita berdepan detik ngeri 'meriam' tertembak muka sendiri ketika konsert


  • Benua
  • Ahad, 29 Jan 2023

Tangkap layar memaparkan DJ Flavinha memegang meriam kecil konfeti sebelum meriam tersebut meletup di mukanya. — Agensi

SEORANG deejay terkenal wanita dikenali sebagai Flavia Ribeiro secara tidak sengaja meletupkan mukanya dengan meriam kecil konfeti semasa membuat persembahan secara lansung di atas pentas.

Kejadian itu dipercayai berlaku di salah sebuah konsert yang berlansung di Santa Catarina, Brazil baru-baru ini.

Wanita yang lebih dikenali sebagai DJ Flavinha pada waktu kejadian dilihat memegang meriam kecil konfeti secara terbalik.

Flavinha turut berkongsi insiden berkenaan melalui laman sosial instagram miliknya.

Dalam rakaman tersebut, menunjukkan detik-detik ketika Flavinha mengacukan meriam itu ke udara di hadapan sejumlah pengunjung yang menyaksikan persembahannya.

Meriam itu meletup ke arah mukanya menyebabkan dia berlari ke belakang pentas, manakala penonton terkejut melihat kejadian tersebut.

Flavinha turut memberitahu kepada peminat yang dia sudah mendapatkan rawatan dan berada dalam keadaan baik-baik saja.

Katanya, pada waktu kejadian di terus melakukan persembahan walaupun berada dalam kesakitan.

"Saya berlari ke belakang peralatan bunyi dan meneruskan persembahan selama 20 minit sebelum mendapatkan rawatan.

"Saya sekarang dalam keadaan baik-baik sahaja dan terima kasih atas keperihatinan anda," katanya pada peminat. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram