[VIDEO] Sejam terperangkap, lelaki cedera 'ditelan' eskalator di stesen kereta api


  • Benua
  • Isnin, 23 Jan 2023

Tangkap layar video memaparkan lelaki tersebut cuba bertahan pada pemegang sebelum terjatuh ke dalam eskalator.

SEORANG lelaki hampir menempah maut apabila dia 'ditelan' eskalator di sebuah stesen kereta api bawah tanah.

Menerusi video tular, beberapa penumpang kereta api pada mulanya dilihat berpusu-pusu menuruni eskalator terbabit.

Namun, ketika giliran lelaki yang dikenali sebagai Mehmed Ali Erik melangkah ke eskalator berkenaan, beberapa anak tangga kemudahan itu secara tiba-tiba terbuka luas sebelum ia tidak berfungsi.

Mehmet yang dilihat cuba bertahan pada pemegang eskalator itu akhirnya tewas, apabila terjatuh ke dalam lubang kemudahan itu.

Difahamkan dia terperangkap masa selama satu jam di dalam eskalator itu, sementara penumpang lain cuba membebaskannya.

Tidak lama kemudian, dia diselamatkan oleh anggota bomba sebelum dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan akibat kecederaannya.

Menurut laporan media antarabangsa, insiden tersebut berlaku di stesen Metro Ayazaga di Istanbul, Turki pada Februari 2018.

Namun, video tersebut tular semula baru-baru ini hingga menimbulkan rasa ngeri dalam kalangan pengguna media sosial. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram