[VIDEO] Asyik curi-curi mandi, pekerja stesen minyak bengang akhirnya kunci budak dalam tandas


  • Benua
  • Isnin, 09 Jan 2023

Tangkap layar video kanak-kanak dikurung di dalam tandas di sebuah stesen minyak di Indonesia baru-baru ini.

SERAMAI tiga kanak-kanak perempuan dikurung di dalam tandas di sebuah stesen minyak di Indonesia baru-baru ini.

Menerusi video tular, perbuatan itu dilakukan oleh seorang pekerja wanita stesen minyak tersebut, hanya disebabkan semua kanak-kanak terbabit mandi di tandas terbabit.

"Macam ini ke cara awak seksa anak saya? Anak saya dikunci di tandas?" tanya bapa kepada salah seorang kanak-kanak berkenaan kepada pekerja tersebut.

Pekerja yang juga berjawatan pengurus stesen minyak itu berkata, kanak-kanak terbabit kerap kali mandi di tandas tersebut.

"Sedangkan tandas itu bukan digunakan untuk mandi sebaliknya hanya digunakan untuk membuang air kecil dan air besar.

"Mereka sudah diberi amaran supaya tidak mandi di situ tetapi mereka ingkar. Disebabkan bengang, saya kunci mereka di dalam tandas bagi mengelakkan kejadian berulang," katanya.

Selepas mengurung kanak-kanak tersebut, pekerja itu bertindak memanggil dan memberitahu ibu bapa mereka tentang perilaku masing-masing.

Pada masa sama, ibu bapa kanak-kanak itu bertindak mengugut pekerja tersebut untuk melaporkan perkara berkenaan kepada pihak polis.

Bagaimanapun, pekerja tersebut tidak langsung berasa bersalah atas tindakan mengunci kanak-kanak terbabit.

Perkara tersebut berlaku di Kabupaten Ogan Komering Ulu, Sumatera Selatan, Indonesia. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram