SEORANG penumpang ditarik keluar dari penerbangan selepas didakwa mencekik seorang pramugari semasa menaiki pesawat Air Canada dari Vancouver ke Brisbane pada Jumaat lepas.
Penerbangan itu dijadualkan tiba pada pukul 7.40 pagi tetapi terpaksa membuat lencongan ke Honolulu berikutan insiden tersebut.
Kejadian tersebut sempat dirakam sewaktu pegawai polis Hawaii menaiki pesawat tersebut untuk menghalau penumpang lelaki itu.
Seorang wanita Australia yang berada di sebelah lelaki itu dalam penerbangan memberitahu Buletin Gold Coast bahawa penumpang berkenaan menghantar mesej kepada pramugari itu.
Saksi juga mendakwa bahawa lelaki berkenaan meraba-raba mangsa sebelum dirinya digari dan diikat di tempat duduk dengan menggunakan zip tie.
"Selepas itu, suspek berlari ke atas dan ke bawah meraba-raba wanita dan mengangkat skirt pramugari tersebut.
“Beberapa lelaki berbadan sasa dan pramugari lelaki kemudian menahan dan mengikatnya. Kemudian mereka mengambil tali dan mengikatnya ke tepi ke tempat duduk di barisan terakhir tempat duduk secara sendirian, " kata saksi yang bernama Jacqui Beadle.
Dalam rakaman video itu menunjukkan lelaki berkenaan menjerit dengan nada tidak puas hati.
"Saya dianiaya secara fizikal, saya hampir tidak dapat merasakan tangan saya," rakaman suara dari video itu.
Setakat ini, pihak polis masih belum mengulas mengenai kewarganegaraan lelaki itu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram