KEHADIRAN seekor harimau bintang di sebuah bangunan di Mysuru, dekat Karnataka, India menimbulkan panik orang ramai baru-baru ini.
Menerusi sebuah video tular, haiwan buas berkenaan dilihat mengejar orang awam yang melalui kawasan hadapan bangunan tersebut.
Antara menjadi mangsa adalah seorang penunggang motosikal yang diserang harimau itu, mengakibatkan kenderaannya rebah ke atas tanah.
Turut dilihat adalah orang ramai bertempiaran lari akibat takut dicederakan oleh haiwan tersebut.
Video berkenaan dikongsikan oleh seorang pegawai hutan Indian Forest Service (IFS), Susanta Nanda di laman Twitter.
Perkongsian itu telah menimbulkan kebimbangan orang ramai tentang keselamatan haiwan itu, selain peningkatan aktiviti pencerobohan hutan.
Menurut Nanda, harimau bintang itu sudah pun ditangkap oleh Jabatan Hutan India.
Sejak dikongsi, hantaran Twitter itu sudah mengumpulkan lebih daripada 11,000 tontonan, 544 tanda suka (likes) dan lebih daripada 160 perkongsian semula (retweet). — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram