PRU15: Lagu jadi alat sindir pemimpin politik, parti lawan


  • Politik
  • Sabtu, 05 Nov 2022

Jamal Abdillah dikatakan pernah menyanyikan lagu yang diubah liriknya seakan-akan mengkritik pemimpin politik.

ELEMEN seni dalam apa jua keadaan adalah medium yang paling mudah dan rapat boleh digunakan untuk mempromosikan sesuatu perkara.

Begitu juga ceritanya dengan parti politik yang menggunakan lagu sebagai medium publisiti parti masing-masing.

WhatsApp Image 2022-10-26 at 10.31.00 PM

Menjelang kempen Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) yang akan bermula pada Sabtu, bukan sahaja jentera parti, tetapi penyanyi yang menjadi ahli juga akan menyumbangkan kemampuan mereka dalam usaha menarik pengundi.

Berikut Majoriti senaraikan lima penyanyi yang pernah terlibat secara langsung atau tidak dengan menyanyikan lagu-lagu politik sebelum ini:

yasin

Yasin (PKR)

Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada 2013 pernah melancarkan lagu berjudul Reformasi yang dinyanyikan Yasin Sulaiman.

Menariknya, Yasin bukan sekadar penyanyi, tetapi juga menjadi duta bagi lagu rasmi kempen AMK untuk PRU13 di seluruh negara.

Yasin bersama AMK bergerak mengelilingi Malaysia dan turun ke setiap kawasan ditandingi calon AMK.

str2_cczsound2004_MAIN_cn

Altimet (PKR)

Pada September lalu, Altimet yang ketika itu merupakan Ketua Cabang PKR Ampang, tampil dengan lagu baharu berjudul Aduh Malaysia yang berkisar tentang pemimpin Barisan Nasional (BN) menyamun duit rakyat.

Lagu itu dinyanyikan ketika acara Rapat Mega Keadilan di Tapak Bazar Ramadan Taman Melawati, Selangor yang turut dihadiri Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalannya, Rafizi Ramli.

Menurut Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, tajuk lagu itu diambil daripada inspirasi pergerakan yang dilancarkan oleh Rafizi iaitu Ayuh Malaysia.

itoblyuess

Ito Blues Gang (PKR)

Lagu berjudul Gombak Kita Setia itu disiarkan secara rasmi sehari sebelum proses penamaan calon pada 28 April 2018.

Menjelaskan lebih lanjut, Ito yang turut bertindak sebagai penggubah lirik dan komposer lagu itu berkata, Gombak Kita Setia adalah sebuah lagu yang ringkas.

Ito membuat lagu itu untuk calon PKR di Gombak Setia iaitu Hilman Idham untuk diperdengarkan semasa kempennya pada PRU14.

WhatsApp Image 2022-11-04 at 9.01.49 PM

Abu Bakar Ellah (Warisan)

Lagu berjudul Pembayaran Ansur-Ansur nyanyian artis tempatan Thomas Intiang dipilih sebagai lagu kempen Parti Warisan Sabah (Warisan) sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis pada 2019.

Lirik lagu itu diubah suai oleh artis tempatan iaitu Abu Bakar Ellah dan Francis Landong.

Antara lirik yang diselitkan dalam lagu itu adalah ‘Kalau mahu senang, undilah parti Warisan, kalau mahu maju undilah Karim Bujang, undilah Parti Warisan.'

Dato' Jamal Abdillah & Wany Hasrita

Jamal Abdillah

Datuk Jamal Abdillah sebenarnya tidaklah terlibat secara langsung dalam menyiapkan lagu untuk parti politik.

Tetapi, beliau terpalit kontroversi dalam satu persembahannya di sebuah majlis yang dianjurkan Pakatan Harapan (PH) ketika Pilihan Raya Kecil (PRN) di Semenyih, Selangor pada 2019.

Menerusi video itu, Jamal menyanyikan lagu berjudul Kau Lupa Janji yang diubah liriknya seakan-akan menyindir pemimpin PH.

Berikut antara bait-baik lirik lagu nyanyian Jamal dalam klip video tersebut:

"Setiap kali pasti ada yang berjanji, hanya kami yang menanti ditepati.

"Apa saja yang terucap malam ini, tiada niat untuk sakit menyakiti. Kalau menang jangan lupa, jangan sampai kau mungkiri, janganlah kau lupa pada janji". — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram