[VIDEO] Seronok sangat pasukan bola menang, wanita tak malu goyang payudara sampai riuh seluruh stadium


  • Benua
  • Rabu, 19 Okt 2022

Tangkap layar aksi wanita terbabit ketika menayangkan payu daranya untuk tontonan umum.

AKSI seorang penyokong bola sepak wanita di Mexico menjadi tular, selepas dia selamba menayangkan payu daranya untuk tontonan umum.

Perkara itu dilakukan bagi meraikan pasukan kegemarannya ketika menjaringkan gol kemenangan pada Jumaat lalu.

Tatkala peminat memuji kemenangan perlawanan bola sepak itu, mereka juga beralih kepada video aksi lincah wanita itu yang mendapat 1.1 juta tontonan di media sosial.

Dalam rakaman itu, wanita terbabit dilihat mengangkat t-shirt berwarna biru, sekali gus menampakkan payu daranya.

Dengan tiada perasaan malu, dia juga didapati menggoyangkan payu daranya sambil disambut dengan sorakan para pengunjung stadium di Neuvo Leon, Mexico.

Ada yang tergamam dan terkejut melihat aksi wanita itu.

Malah ada juga yang dilihat mengecamnya, selain mendakwa wanita tersebut melakukan pembedahan plastik pada payu daranya.

Dalam perlawanan Liga Mexico itu, pasukan The Tigres UANL menang 1-0 menerusi sepakan penalti ketika menentang C.F Pachuca. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram