Sayup sebelum rebah, qari meninggal dunia ketika khusyuk baca Al-Quran


  • Benua
  • Selasa, 18 Okt 2022

Tangkap layar video ketika arwah sedang mengalunkan bacaan Al-Quran sebelum meninggal dunia. — Agensi

TULAR sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang qari meninggal dunia ketika sedang mengalunkan bacaan Al-Quran.

Menerusi video berdurasi 37 saat itu, arwah sedang duduk membaca Al-Quran sambil disaksikan beberapa jemaah masjid yang lain.

Namun, ketika sedang mengalunkan bacaan Al-Quran, secara tiba-tiba suara arwah mula sayup sebelum rebah dan meninggal dunia.

"Arwah bernama Junaidi Abu Bakar, penduduk di Sungai Jawi, Jalan Tabrani Ahmad. Meninggal dunia pada Ahad di Masjid Jami' Tayan, Kalimantan Barat, Indonesia.

"Arwah membaca Al-Quran bersempena majlis Maulidur Rasul yang dianjurkan masjid," kata maklumat yang disertakan bersama video itu.

Sementara itu, warganet rata-ratanya menganggap pemergian arwah sebagai sesuatu yang diinginkan ramai umat Islam.

Malah, ada yang menyifatkan arwah sebagai seorang yang sangat baik hingga dijemput Ilahi dengan cara yang mulia. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram