[VIDEO] Disangka biawak rupanya sang bedal, penduduk kampung gempar sang bedal berkeliaran ketika hujan


  • Benua
  • Selasa, 04 Okt 2022

Tangkap layar video buaya yang muncul di kawasan awam di Thailand.

KELIBAT seekor buaya yang naik ke darat di sebuah kampung baru-baru ini menggemparkan penduduk tempatan.

Kejadian yang berlaku pada waktu hujan itu dipercayai berlaku di wilayah Chachoengsao di Thailand.

Rakaman video itu dikongsi oleh orang awam yang kebetulan melalui kawasan jalan raya tersebut.

Pada mulanya, dia menyangka reptilia itu merupakan seekor biawak, namun akhirnya menyedari ia rupa-rupanya seekor buaya selepas melihat saiznya sepanjang kira-kira dua meter.

Dalam video sama, buaya itu turun ke dalam kolam berhampiran tidak beberapa lama kemudian.

Pada masa sama, pasukan penyelamat yang mengambil maklum tentang kehadiran haiwan pemangsa itu bertindak menangkapnya.

Ini bukan kali pertama buaya ditemui di daerah itu, sekali gus membuktikan kelemahan kawalan keselamatan di tempat penternakan buaya di kawasan berdekatan.

Susulan kejadian itu, penduduk tempatan mahu sesiapa yang menternak buaya agar meningkatkan langkah keselamatan untuk mengelakkan haiwan itu berkeliaran.

Pada Ogos lalu, seekor buaya dilihat timbul di kolam di tengah-tengah bandar Bangkok.

Awal bulan ini pula, seorang lelaki berusia 42 tahun di Khon Kaen memaklumkan kepada media mengenai bagaimana dia menembak, membakar dan memasak buaya yang muncul di rumahnya.

Haiwan itu dipercayai terlepas dari tempat perternakan buaya.

Tempat penternakan buaya terkenal di Thailand kerana daging reptilia itu merupakan makanan istimewa yang menjadi hidangan secara meluas.

Haiwan tersebut selalunya muncul ketika hujan lebat dan banjir di mana cuaca buruk diramalkan di seluruh Thailand minggu ini akibat ribut Tropika Noru. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram