SEBUAH premis jualan ikan di Pasar Chatuchak, Bangkok di Thailand mengundang perhatian ramai khususnya kaum lelaki apabila mempamerkan wanita berpakaian seksi sebagai bahan jualan.
Berbeza dengan pasar raya lain, premis ini bukan sahaja menjual ikan malah mereka turut mengupah model berpakaian seksi sambil memperagakan aksi menggoda di dalam akuarium.
Difahamkan, pasar tersebut asalnya merupakan pusat jualan ikan arowana namun tanpa pengetahuan ramai, suasana di dalam berubah wajah apabila mempamerkan beberapa gadis berpakaian bikini.
Menerima hampir sembilan juta jumlah tontonan di laman Facebook, video yang dimuat naik oleh Ratchatapan Chiaochan itu mengundang perhatian ramai netizen dengan kapsyen "Ikan di sini sungguh cantik."
Netizen turut meninggalkan kata-kata negatif di ruangan komen.
Sylvia Mmy Lai: "Bagus tu boleh jadi umpan buaya datang sekali kan."
Ahmad Firdaus: "Boleh cuba bawa pergi sana, tengok kena gigit ke tak dengan ikan ni."
Gaius Joseph: "Rasanya saya muat ke masuk dalam akuarium tu."
Menurut laporan laman ArowanaMall, pasar ini turut membekalkan ternakan ikan haruan di pelbagai negara antaranya Korea, Jepun, China, Vietnam, Australia dan Thailand. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram