Kepala mangsa kena baham buaya ditemukan di Sandakan


  • 112
  • Ahad, 11 Sep 2022

Kepala yang ditemukan dipercayai dibaham buaya di Sungai Seguntor, Sabah. — Sinar Harian

SEPASUKAN anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Sabah menemukan kepala seorang mangsa lelaki yang hilang dipercayai diserang dan dibaham buaya ketika cuba menyeberang Sungai Seguntor, dekat Taman Kenari, Sabah pada Jumaat lepas.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kenyataan berkata, kepala mangsa ditemukan pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 7.30 pagi pada Ahad, dalam keadaan tidak sempurna kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian.

Kes tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan seorang lelaki dewasa hanya dikenali sebagai Abdul, disyaki dibaham buaya kira-kira pukul 6 petang pada Jumaat di sungai kawasan setinggan itu.

"Mangsa dikatakan menaiki rakit yang diperbuat daripada buluh cuba menyeberangi sungai untuk ke rumahnya yang terletak 100 meter dari tebing sungai.

"Ketika sedang menyeberangi sungai, mangsa disyaki disambar oleh seekor buaya dan sempat menjerit meminta tolong, namun hilang daripada pandangan saksi," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram