[VIDEO] Pekerja zoo nak putus tangan dibaham buaya 78 tahun seberat 660kg


  • Benua
  • Khamis, 22 Sep 2022

Tangkap layar video Sean diserang di hadapan pengunjung taman.

SEORANG pekerja taman hidupan liar terselamat selepas seekor buaya besar ingin menerkam kakinya semasa pertunjukan tersebut di hadapan orang ramai baru-baru ini.

Menurut Mirror, insiden itu berlaku di Taman Buaya Creek, Afrika Selatan.

Pengendali yang bernama Sean le Clus itu sedang membuat pertunjukan kepada penonton yang berada di dalam tempat kurungan bersama dua reptilia pemangsa tersebut sambil di tonton orang ramai.

Satu rakaman video menunjukkan Sean berjalan mengelilingi haiwan sebelum duduk di atas seekor buaya yang mana beratnya mencecah 660 kilogram (kg) bernama Hannibal.

Sebelum berlakunya serangan, kedengaran dia berkata, bahawa itu adalah satu-satunya buaya di Afrika Selatan yang boleh dia duduk di belakang badannya.

Dia kemudian menepuk buaya itu dan memberitahu orang ramai tentang “kawasan gigitan 60 sentimeter (cm) daripada 65 cm saiz kepala Hannibal.

Buaya kedua mula mendekati kaki Sean, memaksanya untuk berdiri dan berada pada jarak yang selamat.

Namun secara tiba-tiba, Hannibal berukuran 4.8 meter itu memusingkan kepalanya dan menggigit peha kiri Sean.

Jeritan kesakitan lelaki itu dapat didengari dan mula kedengaran suara kanak-kanak sedang menangis di penghujung klip video yang berdurasi satu minit itu.

Rakaman terakhir menunjukkan keadaan Sean yang sedang berdiri sambil tangannya berada di atas lutut dan kepalanya merenung ke arah gigitan buaya itu.

Taman itu mengesahkan bahawa pengendali itu mengalami luka dari dua lubang gigi besar buaya itu serta lebam.

Namun dia kembali bekerja selepas 20 minit berlalu, lapor The South African.

Walaupun ini bukan kejadian pertama seorang pengendali digigit buaya di taman itu, namun ia adalah kali pertama Hannibal yang berusia 78 tahun itu menyerang manusia. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram