Lelaki hilang di Sabah ditemui mati, disyaki dibaham buaya


  • 112
  • Jumaat, 30 Sep 2022

Mangsa dipercayai diserang buaya dan jasadnya sudah dibawa kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

JASAD seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika memancing sepanjang tebing sungai sekitar Timur Laut daerah Beluran, Sabah berjaya ditemui

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, mangsa, Arasin Atang, 56 ditemui penduduk kampung pada Khamis.

Mangsa dipercayai diserang buaya dan jasadnya sudah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Arasin sebelum ini dikatakan hilang pada jam 1.30 petang pada Rabu di tebing sungai Kg Obah di Paitan, Beluran.

Sepasukan bomba menjalankan kerja-kerja pencarian menggunakan bot penyelamat di kawasan itu, namun mangsa tidak ditemui.

Bagaimanapun, penduduk kampung berjaya menemui mayat mangsa pada pagi Khamis di sekitar kawasan pencarian dan segera menghubungi pihak berkuasa.

Mayat Arasin sudah dihantar ke Hospital Beluran bagi proses bedah siasat. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram