[VIDEO] 'Elok dibaham buaya', ramai geram aksi santai pemandu lori campak sampah ke sungai


  • Tular
  • Khamis, 29 Sep 2022

Tangkap layar video pemandu lori lelaki membuang sampah di Sungai Wak Rabun.

TULAR sebuah video sikap tidak bertanggungjawab seorang pemandu lori yang dipercayai membuang sampah di Sungai Wak Rabun Bt.33 Pontian, Johor.

Perkongsian video yang dimuat naik oleh laman Facebook, We are Malaysians di Facebook pada Khamis, memaparkan tindakan pemandu lelaki membuang sampah secara bersahaja tanpa melihat keadaan sekeliling.

Tidak peduli dengan individu yang merakam aksinya itu, lelaki terbabit didapati terus sahaja membuang sampah yang berada di belakang lori ke dalam sungai tersebut.

Berdasarkan latar belakang suara perakam video tersebut yang merupakan seorang wanita, diaberasa terkejut dan tidak berpuas hati dengan tindakan yang dibuat pemandu lori berkenaan.

"Tengok ini apa orang itu buat, buang sampah habis dalam sungai, ya ALLAH," katanya.

Selepas sahaja melakukan tindakan tidak bertanggungjawab tersebut, pemandu lelaki itu memandu lori berkenaan dan terus berlalu pergi dari jambatan Sungai Wak Rabun tersebut.

Tinjauan Majoriti di ruangan komen mendapati, rata-rata orang ramai berang dengan tindakan pemandu lori tersebut yang mementingkan diri dan tidak peka akan keadaan alam persekitaran.

"Tolonglah ambil tindakan undang-undang manusia macam inilah yang merosakkan alam sekitar," kata Ziey Azinan.

"Orang macam ini hantar sahaja dekat kolam buaya, bagus dibaham buaya," jelas Siti Saridah.

"Harap pihak berkuasa bertindak dengan segera, terus hantar ke mahkamah," ujar Ng Kok Cheong.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat memaklumkan suspek yang membuang sampah ke dalam sungai di Parit Rabun, Pontian ditahan pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram