[VIDEO] Gopoh buka pintu kereta, 2 lelaki bermotosikal nyaris maut dilanggar lori


  • Benua
  • Sabtu, 01 Okt 2022

TANGKAP layar video tular memaparkan dua lelaki digilis sebuah lori dalam kejadian pada Khamis.

PIHAK polis berkongsi semula sebuah video tular dan menasihati orang ramai agar berhati-hati ketika membuka pintu kereta, bagi mengelak berlakunya kemalangan jalan raya.

Dalam video yang dipercayai berlaku pada Khamis, seorang pemilik kereta dilihat membuka pintu keretanya tanpa melihat keadaan sekeliling.

Tindakannya itu menyebabkan sebuah motosikal yang ditunggang dua lelaki gagal mengelak sehingga terbabas ke tengah jalan.

Kedua-dua lelaki itu kemudiannya dilanggar sebuah lori yang melalui jalan sama dari arah bertentangan.

Pegawai polis trafik, Kala Krishna Swany turut meminta orang ramai agar sentiasa berhati-hati di jalan raya.

"Harap berhati-hati ketika anda membuka pintu kenderaan bagi mengelakkan nahas jalan raya,"katanya.

Video tersebut kini tular di media sosial, selain menerima kebimbangan orang ramai yang mahu lebih berhati-hati di jalan raya.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di salah sebuah daerah di India.

Namun begitu, keadaan terkini kedua-kedua pembonceng motosikal itu masih belum diketahui sehingga kini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram